Thursday, February 27, 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA


Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-Kanak 

Saya berasa puas hati
Monolog ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam hari

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik, dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Cerita 

Alyn merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Abang Alyn bernama Amsar dan Anissa. Alyn mempunyai ibu dan bapa yang sangat menyayangi anak-anaknya. Bapa Alyn bekerja sebagai seorang kontraktor dan ibunya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Alyn dan adik beradiknya dididik dengan penuh kasih sayang dan adab yang baik sejak dari kecil lagi. Mereka akan sentiasa mempraktikkan apa yang dididik oleh ibu bapa mereka ketika berada di luar rumah mahupun di dalam rumah. Anissa selalu menolong guru-guru di sekolah mengangkat buku ke bilik guru. Dia sangat disayangi oleh semua guru di sekolahnya. Amsar pula telah bekerja sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti yang terkemuka di Malaysia. Amsar mempunyai kepakaran dalam bidang bahasa dan mengajar dalam bidang psikolinguistik. Alyn pula merupakan seorang pelajar universiti dalam bidang teknologi kejuruteraan. Pada setiap hujung minggu, mereka sekeluarga akan meluangkan masa bersama-sama. Sebagai contoh, pergi menonton wayang, berkelah, beriadah, dan ibu bapa mereka akan mendengar masalah anak-anak serta memberi nasihat dan dorongan. Alyn dan adik beradiknya mendapat didikan yang baik daripada ibu bapa mereka. Alyn sangat bersyukur kerana mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Alyn berjanji akan belajar bersungguh-sungguh bagi mendapatkan keputusan yang baik sebagai tanda terima kasih kepada ibu bapanya dan membuatkan ibu bapanya bangga. Sahsiah dan akhlak yang ditunjukkan oleh Alyn dan adik beradiknya mempamerkan bagaimana mereka dididik oleh ibu bapa mereka. Alyn sangat mencintai dan menyayangi keluarganya. Keluarganya adalah keutamaannya. Alyn bermonolog sendirian, keluargaku syurgaku. 



RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi.
Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.

BBM3410Satu2020: Ulasan Tugasan Asas Grafik


Ulasan Tugasan Asas Grafik

Pada minggu yang lalu, kumpulan kami telah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah berkenaan tajuk asas grafik dalam multimedia. Terdapat beberapa perkara perlu diambil kira dalam melakukan tugasan tersebut. Antaranya ialah kekemasan, kerjasama, pembahagian masa dan tugas serta kekreatifan. Kumpulan Lenggang Kangkung Production diberikan sebanyak tiga bintang untuk tugasan yang telah diselesaikan. Berikut adalah merupakan hasil tugasan asas grafik yang telah disiapkan oleh kami daripada kumpulan Lenggang Kangkung Production.


MUKA HADAPAN TUGASAN ASAS GRAFIK


ASAS GRAFIK : MUDAH 
Penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami sama ada dalam bentuk foto mahupun video. 


ASAS GRAFIK : WARNA
Kombinasi warna ataupun satu warna dalam sesuatu gambaran dalam bentuk foto ataupun video dan grafik seharusnya tidak mengandungi lebih daripada tiga warna.


ASAS GRAFIK: TEKS
Jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik.


ASAS GRAFIK : KESESUAIAN
Grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam sesuatu foto atau video. 


ASAS GRAFIK : KESEIMBANGAN
Ruang dalam foto atau video. Ruang tersebut merujuk kepada ruang di kiri dan kanan serta atas dan bawah.


Foto ahli kumpulan Lenggang Kangkung Production bersama tugasan asas grafik. 


Monday, February 24, 2020

BBM3410Satu2020: Blanket Test 2.0 Soalan dan Jawapan


Terdapat beberapa soalan dalam blanket test yang diajukan oleh pensyarah kepada pelajar ketika di dalam kelas. Kumpulan Lenggang Kangkung Production telah dapat menjawab 3 soalan daripada soalan-soalan yang diberikan. Antaranya adalah seperti berikut: 

1) Jelaskan tentang keseimbangan dalam asas grafik.
Jawapan: Keseimbangan merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Ruang di kiri dan kanan serta atas dan bawah. Contohnya, gambar pemandangan di kiri dan kanan mempunyai keseimbangan dari segi besar dan kecil pokok serta warna yang digunakan adalah sesuai. 

2) (Gambar pantai) ditunjukkan pada skrin di hadapan kelas. Apakah asas fotografi yang ditunjukkan oleh gambar tersebut?
Jawapan: Long shot. Gambar diambil pada jarak yang jauh dari kamera atau video dan jelas melihat keseluruhan gambaran. 

3) Gambar mata dan hidung). Apakah asas fotografi yang terdapat pada gambar tersebut? 
Jawapan: Close up kerana foto diambil dalam jarak yang dekat dan memfokuskan gambar muka seseorang.

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi

ASAS FOTOGRAFI 
LENGGANG KANGKUNG PRODUCTION


Long shot : Pemandangan di Bukit Ekspo


Long shot : Pemandangan dan manusia



Medium shot : Pemandangan dan manusia 
Model : Sue dan Nina


Medium shot : Manusia
Model : Wais dan Thal


Potrait : Seluruh anggota badan
Model : Sabrina


Potrait : Separuh badan 
Model : Dila

Mug shot : Azmil 


Mug shot : Thal


Mug shot : Ijat


Mug shot : Syah 


Mug shot : Wais 


Mug shot : Sabrina


Mug shot : Nina


Mug shot : Dila


Mug shot : Sue


Mug shot : Nija 


Close up : Bunga 


Close up : Anggota badan iaitu mata dan hidung
Model : Sue

Thursday, February 20, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM


Cerita Sosial 2 : Saya yang Istimewa

Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah gemar makan buah-buahan. Oleh itu, bapa Alim membawa pulang buah-buahan pada hari ahad yang lalu. Terdapat banyak buah-buahan tempatan yang dibawa balik oleh bapa Alim seperti buah durian, buah manggis, buah duku, dan banyak lagi. Bapa Imran membeli buah-buahan tersebut di pasar tani. Ibu Alim menyediakan bakul sampah supaya kulit dan sisa buah-buahan tidak bersepah. Alim ingin memberi Sulaiman sedikit buah-buahan yang telah dibeli oleh ayahnya. Alim ingat akan pesan ibu dan bapanya iaitu berkongsi barang atau makanan yang kita suka adlah satu perbuatan yang baik. Ibu Alim mengisi buah-buahan yang ingin diberikan kepada Sulaiman ke dalam plastik merah. Alim memberikan plastik merah yang berisi buah rambutan dan manggis itu kepada Sulaiman yang sedang menyiram pokok bunga. Alim memberikan plastik tersebut kepada Sulaiman lalu Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim. Setelah selesai makan, Alim membawa sampah kulit buah-buahan ke tong sampah besar di luar rumah dan terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman. Mak Cik Timah mengucapakan ucapan terima kasih kepada Alim. Ibu Alim pesan, Sulaiman, Mak Cik Timah, dan Pak Cik Yakub jiran yang baik. Mak Cik Timah gembira kerana Alim baik dengan Sulaiman. Mak Cik Timah juga mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Keluarga Pak Cik Tapa

Semua orang di muka bumi ini pasti memiliki keluarga, begitu juga dengan saya. Keluarga merupakan anugerah yang paling bernilai kepada kita. Keluarga tiada penggantinya. Oleh itu, kita perlulah menghargai keluarga kita sementara mereka masih ada. Nama bapa saya ialah Mustapa Bin Abd Razak. Dia bekerja sebagai seorang buruh untuk menanggung kami sekeluarga. Bapa saya berumur 57 tahun pada tahun ini. Namun begitu, dia masih bekerja sebagai buruh dengan menggunakan tulang empat keratnya walaupun usianya telah lanjut. Nama ibu saya pula ialah Noorzilan Binti Zakaria. Ibu saya tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Ibu saya berumur 54 tahun pada tahun ini. Ibu saya mempunyai penyakit darah tinggi dan bergantung dengan ubat daripada klinik kerajaan pada setiap bulan. Saya mempunyai 3 orang adik beradik. Saya merupakan anak sulung dan mempunyai seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Nama adik lelaki saya ialah Muhamad Akmal Aizat Bin Mustapa. Dia masih belajar ijazah dalam jurusan akaun di Uitm Puncak Alam. Umur adik saya ialah 20 tahun dan sebelum ini adalah lepasan matrik di Kolej Matrikulasi Pahang juga dalam jurusan akaun. Adik perempuan saya pula diberi nama Nur Amira Izzati Binti Mustapa. Adik perempuan saya berumur 13 tahun dan bersekolah di Maahad As-Sultan Ahmad Shah Addini. 

Gambar di atas menunjukkan penulis bersama saudara mara sebelah ibu


Gambar di atas menunjukkan penulis bersama ibu, bapa, ibu saudara dan bapa saudara

BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

MOHAMAD AZMIL BIN MUSTAPA
 (196787)


Pada hari ini, pelajar kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa Melayu telah melakukan aktiviti 2 dalam buku Eh!!! Media Sosial pada halaman 15. Aktiviti ini berkaitan manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa. Pengguna media sosial akan dapat meneroka media sosial tanpa batasan untuk mendapatkan maklumat. Mereka bebas belajarpada tahap keupayaan mereka sendiri. Selain itu, media sosial juga dapat mendorong pelajar dalam pembelajaran bahasa kerana media sosial membekalkan pelbagai bahan rangsangan. Hal ini akan menjadikan pembelajaran lebih seronok kerana media sosial menyediakan bahan rangsangan dalam bentuk gambar, video, informasi dan mod interaktifnya membolehkan pelajar untuk berinteraksi secara aktif. Seterusnya, pengguna media sosial bebas berkongsi buah fikiran serta idea apabila mereka berinteraksi antara satu sama lain. Oleh itu, interaksi penting antara rakan sebaya dan pengajar akan terjalin. Di samping itu, pengguna media sosial dapat memperoleh maklumat daripada sumber informasi yang sahih dengan cepat dan tanpa sekatan. Media sosial ialah satu sumber maklumat besar seperti bahan bertulis, audio, sumber video yang sahih yang mengamalkan kedua-dua kemahiran terbuka dan produktif. Pengguna media sosial memperoleh pengalaman pengajian baharu yang selari dan tidak selari. Mereka juga dapat berkongsi sumber dengan lebih cepat dan memperoleh pengetahuan sebanyak mungkin. Selain itu, ibu bapa juga dapat mengawal kegiatan anak mereka dengan menggunakan media sosial. Sebagai contoh, ibu bapa dapat mengawal sebarang komunikasi atau hantaran seperti kerja rumah dan aktiviti yang membolehkan mereka sedar akan kegiatan anak mereka. Akhir sekali, pengguna media sosial dapat berkomunikasi dengan cara memberi dan menerima maklum balas. Melalui media sosial, mereka terdorong untuk melibatkan diri dan berinteraksi secara aktif. Oleh itu, terdapat banyak kelebihan dan manfaat media sosial dalam kelas bahasa yang boleh meningkatkan pengetahuan serta kemahiran menggunakan bahasa itu sendiri secara langsung atau tidak langsung.

Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020:Asas Grafik (Gambar)


Bagi menyiapkan tugasan ini, beberapa proses perlu dilalui. Proses yang pertama adalah mencari gambar yang sesuai berdasarkan 5 elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Ketua kumpulan kami iaitu Izzat Aidil telah membahagikan tugas kepada 10 orang ahli kumpulan dengan adil dan saksama dan kami berusaha menyiapkan tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan. 



Seterusnya, proses yang kedua adalah proses menggunting huruf, nombor dan gambar yang telah diterima oleh pensyarah. Melalui proses ini, dapat dilihat ahli kumpulan Lenggang Kangkung Production menunjukkan kerjasama yang baik bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Ketua kumpulan juga telah memainkan peranan yang penting sehingga tugasan ini siap.


Selepas itu, proses ketiga dijalankan iaitu proses di mana semua huruf, nombor dan gambar yang telah dipotong dikumpulkan untuk menghasilkan nama kumpulan, nama ahli kumpulan dan nombor matrik. Proses ini memerlukan kehalusan dan kesabaran yang tinggi kerana gambar, huruf dan nombor yang ditampal menggunakan glue stick tidak boleh bergelembung, berkedut dan comot. Kami perlu memastikan perkara yang sedemikian tidak berlaku bagi mendapatkan markah yang baik dalam penilaian berterusan. Kami juga perlu menggunakan pelbagai teknik bagi memastikan gambar yang ditampal cantik dan kemas. 

Akhirnya, kami berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan telah dihantar ke bilik pensyarah kami. Saya sangat bersyukur kerana semua ahli kumpulan Lenggang Kangkung Production dapat memberikan kerjasama yang baik sepanjang menyiapkan tugasan ini. 


Kami daripada kumpulan Lenggang Kangkung Production mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof. Dr. Normaliza Binti Abd Rahim atas tunjuk ajar yang diberikan bagi kami untuk menyiapkan tugasan ini :)

BBM3410Satu2020: Blanket Test (Soalan yang dijawab)

Assalamualaikum wbt, pada hari Isnin, 17 Februari 2020, kelas bagi kursus BBM3410 telah dijalankan di bilik Asraf Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dari jam 10 pagi hingga jam 12 tengahari. Berikut adalah merupakan 4 soalan yang telah dijawab oleh kumpulan 5 atau lebih dikenali sebagai kumpulan Lenggang Kangkung Production. 

1)Soalan pertama:
Apakah itu keseimbangan dalam asas grafik?

Jawapan:
Keseimbangan merujuk kepada ruang dalam foto iaitu ruang kiri dan kanan atau atas dan bawah.

2)Soalan kedua: 
Rules of thirds muka surat berapa?

Jawapan:
Muka surat 80

3)Soalan ketiga: 
Apakah asas grafik yang terdapat dalam gambar di hadapan?

Jawapan:
Warna 

4)Soalan keempat:
Jelaskan asas grafik yang anda lihat dalam gambar

Jawapan: 
Keseimbangan

Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Pada hari ini, saya ingin berkongsi mengenai satu cerita sosial yang terdapat dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi berkaitan kanak-kanak istimewa iaitu kanak-kanak autisme. Cerita sosial pertama bertajuk ''Nenek dan Datuk''. Cerita sosial ''Nenek dan Datuk'' ini mengisahkan tentang Alim iaitu seorang kanak-kanak autisme yang pulang ke kampung nenek dan datuknya yang terletak di Kajang iaitu rumah nenek dan datuknya sebelah ibu. Nenek dan datuk Alim sebelah bapa tinggal di Melaka. Perjalanan dari tempat kediaman Alim dan keluarganya untuk sampai ke kampung nenek dan datuknya hanya memakan masa selama 30 minit. Alim mempunyai adik beradik yang lain iaitu abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Setibanya Alim ke rumah nenek dan datuknya, Alim terus keluar daripada kereta kerana sangat teruja untuk melihat ayam dan itik yang dipelihara oleh nenek dan datuknya. Namun begitu, ayam dan itik milik nenek dan datuknya tiada di dalam reban. Alim menyangkakan semua ayam dan itik telah mati. Alim sedih dan marah lalu menangis. Nenek dan datuk berlari mendapatkan Alim yang sedang menangis di tepi reban. Rupa-rupanya, datuk telah membuat reban baharu umtuk ayam dan itik iaitu kira-kira 50 meter dari reban lama. Alim berhenti menangis lalu pergi ke reban baharu. Dia tersenyum melihat ayam dan itik. Selepas itu, mereka masuk ke rumah dan sekali lagi Alim menangis kerana keliru melihat rumah berlainan daripada biasa. Lalu nenek memujuk Alim dan memegang tangan Alim sambil berjalan keliling rumah. Alim berhenti menangis dan duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Ibu bapa, nenek dan datuk Alim sedih melihat kelakuan Alim dan mereka cuba untuk menolong Alim. Suasana di kampung membuatkan mereka sekeluarga lebih rapat. 

Rujukan

Normaliza (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog


10 CARA PENULISAN BLOG YANG BAIK

  1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
  2. Cerita yang menarik yang dapat menarik perhatian pembaca.
  3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
  4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
  5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
  6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. 
  7. Dapat dibaca dan difahami.
  8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
  9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
  10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Ulasan 

Berdasarkan buku Ehh!!! Media Sosial, blog adalah merupakan medium dialog di antara penulis blog dan pembaca, pembaca dengan pembaca yang lain dan penulis blog dengan penulis blog yang lain serta pembacanya. Penulis perlu memastikan tajuk dan pengisian blog dapat menarik perhatian pembaca dengan cara tersendiri. Tajuk yang dipaparkan dan dihasilkan juga perlulah 'catchy'. Selain itu, penulis perlulah menulis tajuk dan cerita yang menarik bagi menarik perhatian para pembaca untuk membaca penulisan anda. Penulis blog juga mestilah menghasilkan penulisan dalam bentuk ayat yang mengandungi jenaka ataupun perkara yang boleh menghiburkan hati pembaca supaya penulisan yang dihasilkan mengandungi hiburan di samping memberi manfaat kepada pembaca daripada segi ilmu yang ingin disampaikan. Penulis juga harus menghasilkan penulisan yang mengandungi hujah yang terbaik bagi menghuraikan secara terperinci mengenai sesuatu topik. Seterusnya, penulis perlulah mengikuti berita semasa supaya dapat dikaitkan dalam penulisan serta mengikut peredaran semasa. Di samping itu, penulis juga perlu menggunakan struktur ayat yang ringkas supaya mudah difahami oleh pembaca. Seterusnya, moral dan nilai estetika juga perlu dimasukkan dalam penulisan supaya dapat memberi manfaat serta perkara yang positif. akhir sekali, penulisan blog yang baik mestilah mengandungi ilmu untuk penulisan pendidikan. Oleh itu, para penulis blog perlulah memasukkan unsur-unsur yang positif dan bukannya negatif. Hal ini dikatakan demikian kerana para pembaca blog adalah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai lapisan umur. Maka, perkara ini perlu dititikberatkan bagi memastikan generasi masa akan datang menerima ilmu atau informasi yang betul dan bermanfaat.

Rujukan 

Noraien & Normaliza (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: Tentang Diri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Hai semua. Selamat datang ke blog saya. Nama saya Mohamad Azmil Bin Mustapa. Saya merupakan anak pertama daripada tiga adik beradik. Saya dilahirkan pada 23 Januari 1998 di Hospital Mentakab, Pahang Darul Makmur. Bapa saya bekerja sebagai buruh dan ibu saya sebagai suri rumah sepenuh masa. Saya dibesarkan oleh keluarga di Felda Melur Jengka 12, Bandar Jengka, Pahang. Saya mendapat didikan awal di Tadika Kemas Jengka 12 semasa umur 6 tahun pada tahun 2004. Seterusnya saya belajar di SK (LKTP) Jengka 12 pada tahun 2005 hingga tahun 2010. Saya berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh pada tahun 2011 dan menamatkan pelajaran di SBP Integrasi Temerloh pada tahun 2015. Selepas itu, saya melanjutkan pelajaran di Tingkatan 6 lalu berjaya menamatkannya dan memasuki Universiti Putra Malaysia dalam bidang bahasa iaitu Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu).

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 Berikut merupakan kalendar untuk tahun 2021 yang telah saya hasilkan ketika kelas amali kursus Multimedia dalam Bahasa....