Thursday, February 20, 2020

BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

MOHAMAD AZMIL BIN MUSTAPA
 (196787)


Pada hari ini, pelajar kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa Melayu telah melakukan aktiviti 2 dalam buku Eh!!! Media Sosial pada halaman 15. Aktiviti ini berkaitan manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa. Pengguna media sosial akan dapat meneroka media sosial tanpa batasan untuk mendapatkan maklumat. Mereka bebas belajarpada tahap keupayaan mereka sendiri. Selain itu, media sosial juga dapat mendorong pelajar dalam pembelajaran bahasa kerana media sosial membekalkan pelbagai bahan rangsangan. Hal ini akan menjadikan pembelajaran lebih seronok kerana media sosial menyediakan bahan rangsangan dalam bentuk gambar, video, informasi dan mod interaktifnya membolehkan pelajar untuk berinteraksi secara aktif. Seterusnya, pengguna media sosial bebas berkongsi buah fikiran serta idea apabila mereka berinteraksi antara satu sama lain. Oleh itu, interaksi penting antara rakan sebaya dan pengajar akan terjalin. Di samping itu, pengguna media sosial dapat memperoleh maklumat daripada sumber informasi yang sahih dengan cepat dan tanpa sekatan. Media sosial ialah satu sumber maklumat besar seperti bahan bertulis, audio, sumber video yang sahih yang mengamalkan kedua-dua kemahiran terbuka dan produktif. Pengguna media sosial memperoleh pengalaman pengajian baharu yang selari dan tidak selari. Mereka juga dapat berkongsi sumber dengan lebih cepat dan memperoleh pengetahuan sebanyak mungkin. Selain itu, ibu bapa juga dapat mengawal kegiatan anak mereka dengan menggunakan media sosial. Sebagai contoh, ibu bapa dapat mengawal sebarang komunikasi atau hantaran seperti kerja rumah dan aktiviti yang membolehkan mereka sedar akan kegiatan anak mereka. Akhir sekali, pengguna media sosial dapat berkomunikasi dengan cara memberi dan menerima maklum balas. Melalui media sosial, mereka terdorong untuk melibatkan diri dan berinteraksi secara aktif. Oleh itu, terdapat banyak kelebihan dan manfaat media sosial dalam kelas bahasa yang boleh meningkatkan pengetahuan serta kemahiran menggunakan bahasa itu sendiri secara langsung atau tidak langsung.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 Berikut merupakan kalendar untuk tahun 2021 yang telah saya hasilkan ketika kelas amali kursus Multimedia dalam Bahasa....