Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Pada hari ini, saya ingin berkongsi mengenai satu cerita sosial yang terdapat dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi berkaitan kanak-kanak istimewa iaitu kanak-kanak autisme. Cerita sosial pertama bertajuk ''Nenek dan Datuk''. Cerita sosial ''Nenek dan Datuk'' ini mengisahkan tentang Alim iaitu seorang kanak-kanak autisme yang pulang ke kampung nenek dan datuknya yang terletak di Kajang iaitu rumah nenek dan datuknya sebelah ibu. Nenek dan datuk Alim sebelah bapa tinggal di Melaka. Perjalanan dari tempat kediaman Alim dan keluarganya untuk sampai ke kampung nenek dan datuknya hanya memakan masa selama 30 minit. Alim mempunyai adik beradik yang lain iaitu abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Setibanya Alim ke rumah nenek dan datuknya, Alim terus keluar daripada kereta kerana sangat teruja untuk melihat ayam dan itik yang dipelihara oleh nenek dan datuknya. Namun begitu, ayam dan itik milik nenek dan datuknya tiada di dalam reban. Alim menyangkakan semua ayam dan itik telah mati. Alim sedih dan marah lalu menangis. Nenek dan datuk berlari mendapatkan Alim yang sedang menangis di tepi reban. Rupa-rupanya, datuk telah membuat reban baharu umtuk ayam dan itik iaitu kira-kira 50 meter dari reban lama. Alim berhenti menangis lalu pergi ke reban baharu. Dia tersenyum melihat ayam dan itik. Selepas itu, mereka masuk ke rumah dan sekali lagi Alim menangis kerana keliru melihat rumah berlainan daripada biasa. Lalu nenek memujuk Alim dan memegang tangan Alim sambil berjalan keliling rumah. Alim berhenti menangis dan duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Ibu bapa, nenek dan datuk Alim sedih melihat kelakuan Alim dan mereka cuba untuk menolong Alim. Suasana di kampung membuatkan mereka sekeluarga lebih rapat.
Rujukan
Normaliza (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Rujukan
Normaliza (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment