Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog


10 CARA PENULISAN BLOG YANG BAIK

  1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
  2. Cerita yang menarik yang dapat menarik perhatian pembaca.
  3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
  4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
  5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
  6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. 
  7. Dapat dibaca dan difahami.
  8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
  9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
  10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Ulasan 

Berdasarkan buku Ehh!!! Media Sosial, blog adalah merupakan medium dialog di antara penulis blog dan pembaca, pembaca dengan pembaca yang lain dan penulis blog dengan penulis blog yang lain serta pembacanya. Penulis perlu memastikan tajuk dan pengisian blog dapat menarik perhatian pembaca dengan cara tersendiri. Tajuk yang dipaparkan dan dihasilkan juga perlulah 'catchy'. Selain itu, penulis perlulah menulis tajuk dan cerita yang menarik bagi menarik perhatian para pembaca untuk membaca penulisan anda. Penulis blog juga mestilah menghasilkan penulisan dalam bentuk ayat yang mengandungi jenaka ataupun perkara yang boleh menghiburkan hati pembaca supaya penulisan yang dihasilkan mengandungi hiburan di samping memberi manfaat kepada pembaca daripada segi ilmu yang ingin disampaikan. Penulis juga harus menghasilkan penulisan yang mengandungi hujah yang terbaik bagi menghuraikan secara terperinci mengenai sesuatu topik. Seterusnya, penulis perlulah mengikuti berita semasa supaya dapat dikaitkan dalam penulisan serta mengikut peredaran semasa. Di samping itu, penulis juga perlu menggunakan struktur ayat yang ringkas supaya mudah difahami oleh pembaca. Seterusnya, moral dan nilai estetika juga perlu dimasukkan dalam penulisan supaya dapat memberi manfaat serta perkara yang positif. akhir sekali, penulisan blog yang baik mestilah mengandungi ilmu untuk penulisan pendidikan. Oleh itu, para penulis blog perlulah memasukkan unsur-unsur yang positif dan bukannya negatif. Hal ini dikatakan demikian kerana para pembaca blog adalah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai lapisan umur. Maka, perkara ini perlu dititikberatkan bagi memastikan generasi masa akan datang menerima ilmu atau informasi yang betul dan bermanfaat.

Rujukan 

Noraien & Normaliza (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 Berikut merupakan kalendar untuk tahun 2021 yang telah saya hasilkan ketika kelas amali kursus Multimedia dalam Bahasa....