Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020:Asas Grafik (Gambar)


Bagi menyiapkan tugasan ini, beberapa proses perlu dilalui. Proses yang pertama adalah mencari gambar yang sesuai berdasarkan 5 elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Ketua kumpulan kami iaitu Izzat Aidil telah membahagikan tugas kepada 10 orang ahli kumpulan dengan adil dan saksama dan kami berusaha menyiapkan tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan. 



Seterusnya, proses yang kedua adalah proses menggunting huruf, nombor dan gambar yang telah diterima oleh pensyarah. Melalui proses ini, dapat dilihat ahli kumpulan Lenggang Kangkung Production menunjukkan kerjasama yang baik bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Ketua kumpulan juga telah memainkan peranan yang penting sehingga tugasan ini siap.


Selepas itu, proses ketiga dijalankan iaitu proses di mana semua huruf, nombor dan gambar yang telah dipotong dikumpulkan untuk menghasilkan nama kumpulan, nama ahli kumpulan dan nombor matrik. Proses ini memerlukan kehalusan dan kesabaran yang tinggi kerana gambar, huruf dan nombor yang ditampal menggunakan glue stick tidak boleh bergelembung, berkedut dan comot. Kami perlu memastikan perkara yang sedemikian tidak berlaku bagi mendapatkan markah yang baik dalam penilaian berterusan. Kami juga perlu menggunakan pelbagai teknik bagi memastikan gambar yang ditampal cantik dan kemas. 

Akhirnya, kami berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan telah dihantar ke bilik pensyarah kami. Saya sangat bersyukur kerana semua ahli kumpulan Lenggang Kangkung Production dapat memberikan kerjasama yang baik sepanjang menyiapkan tugasan ini. 


Kami daripada kumpulan Lenggang Kangkung Production mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof. Dr. Normaliza Binti Abd Rahim atas tunjuk ajar yang diberikan bagi kami untuk menyiapkan tugasan ini :)

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 Berikut merupakan kalendar untuk tahun 2021 yang telah saya hasilkan ketika kelas amali kursus Multimedia dalam Bahasa....