Thursday, April 30, 2020

BBM3410Satu2020: MEDIA SOSIAL: GAMBARAN KESELURUHAN

AKTIVITI BAB 1

Aktiviti 1: Kelebihan media sosial dalam kehidupan seharian


Aktiviti 2: Kelebihan media sosial dalam kelas bahasa


Aktiviti 3: Dua aplikasi media sosial dan kelemahannya


Rujukan: 
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi


Bahagian A: Strategi Kesopanan

Mohamad Azmil bin Mustapa
196787
          Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & Levinson (1987: 61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ dalah “tuntutan asas untuk Kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negative, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.


STRATEGI KESOPANAN

Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini….
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.

Kesopanan Positif
Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam serratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.

Kesopanan Negatif
mungkin dia yang mengambil kotak itu, mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.

Off-record
Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.

Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)


Bahagian B: Ringkasan Cerita Sosial 2

Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah gemar makan buah-buahan. Oleh itu, bapa Alim membawa pulang buah-buahan pada hari ahad yang lalu. Terdapat banyak buah-buahan tempatan yang dibawa balik oleh bapa Alim seperti buah durian, buah manggis, buah duku, dan banyak lagi. Bapa Imran membeli buah-buahan tersebut di pasar tani. Ibu Alim menyediakan bakul sampah supaya kulit dan sisa buah-buahan tidak bersepah. Alim ingin memberi Sulaiman sedikit buah-buahan yang telah dibeli oleh ayahnya. Alim ingat akan pesan ibu dan bapanya iaitu berkongsi barang atau makanan yang kita suka adlah satu perbuatan yang baik. Ibu Alim mengisi buah-buahan yang ingin diberikan kepada Sulaiman ke dalam plastik merah. Alim memberikan plastik merah yang berisi buah rambutan dan manggis itu kepada Sulaiman yang sedang menyiram pokok bunga. Alim memberikan plastik tersebut kepada Sulaiman lalu Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim. Setelah selesai makan, Alim membawa sampah kulit buah-buahan ke tong sampah besar di luar rumah dan terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman. Mak Cik Timah mengucapakan ucapan terima kasih kepada Alim. Ibu Alim pesan, Sulaiman, Mak Cik Timah, dan Pak Cik Yakub jiran yang baik. Mak Cik Timah gembira kerana Alim baik dengan Sulaiman. Mak Cik Timah juga mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.




Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa

Bahagian A: Peta minda jenis-jenis shot



Bahagian B: Kepentingan rule of thirds

Rule of  thirds merupakan teknik asas dalam fotografi. Ia juga membawa banyak kepentingan kepada gambar yang diambil. Antara kepentingan rule of thirds ialah ia membantu kita untuk memastikan komposisi dalam gambar kelihatan seimbang.  Seperti yang sedia maklum, di dalam rule of thirds ini membahagikan ruang dalam kamera kepada sembilan bahagian atas dan bawah yang mempunyai saiz yang sama besar sama ada dari segi melintang atau menegak. Misalnya, kita ingin mengambil gambar sebuah subjek yang sedang berdiri melihat pemandangan di tepi laut. Subjek tersebut diletakkan pada titik kuasa sebelah kanan dan memenuhi 1/3 sudut dalam gambar, diseimbangkan pula dengan pemandangan laut yang dipenuhi pada titik kuasa bahagian kiri. Selain itu, rule of thirds ini juga memainkan peranan bagi membuat sesuatu imej itu lebih jelas dengan fokusnya. Sebagai contoh, seorang lelaki yang sedang berdiri di pondok bas bersama rakan-rakannya untuk pergi ke sekolah. Lelaki itu terletak betul-betul pada titik kuasa yang menunjukkan bahawa lelaki itu merupakan subjek utama dalam gambar. Seterusnya dapat dilihat jalan raya yang penuh dengan kenderaan kelihatan luas di arah berlawanan dengan subjek utama. Namun, kenderaan yang ada dalam gambar itu tidak mengenai titik kuasa seperti mana yang dapat dilihat pada subjek utama. Oleh itu, rule of thirds ini merupakan salah satu teknik asas dalam fotografi yang membawa kepada banyak kepentingan seperti keseimbangan dan imej yang jelas dengan fokus.



Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

Pengenalan Bab 2:

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.

(Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.

(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)



Huraian:
Setiap individu mempunyai kemahiran dalam penulisan berbeza mengikut kemahiran dan pengalaman masing-masing. Oleh itu, proses penulisan telah memberi kesan kepada pelajar untuk menulis cerita secara individu. Mereka menghadapi beberapa cabaran untuk menulis cerita secara individu. Salah satu cabaran yang dihadapi oleh pelajar ialah mempunyai tahap keyakinan yang rendah semasa menulis. Mereka tidak yakin dengan kemampuan yang mereka miliki untuk menulis dengan baik. Mereka boleh membuat pelbagai rujukan untuk menghasilkan penulisan yang baik seperti merujuk internet, membuat rujukan di perpustakaan dan bertanya kepada orang yang lebih pakar. Selain itu, mereka juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisan mereka. Oleh yang demikian, mereka perlu mengubah sikap tersebut.

Proses pembelajaran bahasa secara penglibatan terus dalam aktiviti lebih diminati oleh pelajar supaya mereka lebih fokus. Hal ini dikatakan demikian kerana pembelajaran bahasa secara terus atau bersemuka mempunyai banyak kelebihan kepada pelajar bagi menyerap serta memahami bahasa. Mereka boleh bersoal jawab secara dua hala jika tidak memahami tentang sesuatu perkara. Mengelak kebosanan semasa proses pembelajaran dan mengelak salah faham dalam pengajaran ialah antara kebaikan serta kelebihan penglibatan secara terus dalam aktiviti pembelajaran bahasa ini. Oleh itu, keberkesanan penglibatan terus dalam aktiviti jelas telah menjawab kenapa pelajar lebih suka terhadap kaedah ini. Pemahaman pelajar terhadap pembelajaran adalah penting bagi melahirkan mahasiswa yang cemerlang.




Rujukan: 
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Twitter (Cerita Pendek)

Aktiviti 1
Tulis penceritaan dalam bentuk peta minda.







Rujukan: 
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Sunday, April 26, 2020

TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA


Berikut merupakan hasil tugasan minggu 7 dalam bentuk powerpoint yang telah dihasilkan oleh kumpulan Lenggang Kangkung Production. Rujukan dibuat berdasarkan bab 1 dan bab 2 buku Multimedia dalam Bahasa.


Bab 1


Bab 2

Berikut merupakan markah yang telah diberikan kepada kumpulan Lenggang Kangkung Production


Akhirnya,setelah menghantar semula gambar selfie masing masing, Prof memberi markah penuh kepada kami. Terima kasih Prof!


BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 Berikut merupakan kalendar untuk tahun 2021 yang telah saya hasilkan ketika kelas amali kursus Multimedia dalam Bahasa....