Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

Pengenalan Bab 2:

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.

(Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.

(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)



Huraian:
Setiap individu mempunyai kemahiran dalam penulisan berbeza mengikut kemahiran dan pengalaman masing-masing. Oleh itu, proses penulisan telah memberi kesan kepada pelajar untuk menulis cerita secara individu. Mereka menghadapi beberapa cabaran untuk menulis cerita secara individu. Salah satu cabaran yang dihadapi oleh pelajar ialah mempunyai tahap keyakinan yang rendah semasa menulis. Mereka tidak yakin dengan kemampuan yang mereka miliki untuk menulis dengan baik. Mereka boleh membuat pelbagai rujukan untuk menghasilkan penulisan yang baik seperti merujuk internet, membuat rujukan di perpustakaan dan bertanya kepada orang yang lebih pakar. Selain itu, mereka juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisan mereka. Oleh yang demikian, mereka perlu mengubah sikap tersebut.

Proses pembelajaran bahasa secara penglibatan terus dalam aktiviti lebih diminati oleh pelajar supaya mereka lebih fokus. Hal ini dikatakan demikian kerana pembelajaran bahasa secara terus atau bersemuka mempunyai banyak kelebihan kepada pelajar bagi menyerap serta memahami bahasa. Mereka boleh bersoal jawab secara dua hala jika tidak memahami tentang sesuatu perkara. Mengelak kebosanan semasa proses pembelajaran dan mengelak salah faham dalam pengajaran ialah antara kebaikan serta kelebihan penglibatan secara terus dalam aktiviti pembelajaran bahasa ini. Oleh itu, keberkesanan penglibatan terus dalam aktiviti jelas telah menjawab kenapa pelajar lebih suka terhadap kaedah ini. Pemahaman pelajar terhadap pembelajaran adalah penting bagi melahirkan mahasiswa yang cemerlang.




Rujukan: 
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 Berikut merupakan kalendar untuk tahun 2021 yang telah saya hasilkan ketika kelas amali kursus Multimedia dalam Bahasa....