Thursday, March 5, 2020

MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM

MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM



Antara manfaat penggunaan Instagram ialah Instagram dapat membantu mereka dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain dalam akaun Instagram mereka. Hal ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkatkan kemahiran mereka. Selain itu, Instagram juga memberi mereka peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan juga berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram yang lain. Oleh itu, pengikut di Instagram dapat mengetahui perkembangan mereka. Di samping itu, mereka mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek Instagram. Maka, hal ini akan meningkatkan kemahiran mereka. Seterusnya, pelajar di sekolah akan bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan kongsi pengetahuan mereka. Oleh yang demikian, pengetahuan pengikut mereka juga akan berkembang. Selain itu, bagi pengajar, cerita pendek Instagram akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Oleh itu, perkara ini akan mengembangkan pengajaran kepada pelajar dalam bidang teknologi dan multimedia. Akhir sekali, pengguna Instagram dapat menggunakan teknologi dengan cara yang betul.

Rujukan

Bell, M. A. (2013). Picture This! Using Instagram with Students. Internet@Schools, 20(4):23-25

Normaliza Abd Rahim. (2014). Learning through Blog Writing. Embracing the Technology. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 Berikut merupakan kalendar untuk tahun 2021 yang telah saya hasilkan ketika kelas amali kursus Multimedia dalam Bahasa....