Wednesday, March 18, 2020

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY


Video di atas merupakan tugasan yang memaparkan beberapa jenis flatlay.

JENIS -JENIS FLATLAY
BY LENGGANG KANGKUNG PRODUCTION
https://youtu.be/YYUpKdM_Pzc

Kursus: BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa
Pensyarah: Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim

Ahli Kumpulan Lenggang Kangkung Production:
195924 Niezaeshra Binti Haris
195982 Noor Suriyati Binti Sujono
196787 Mohamad Azmil Bin Mustapa
196987 Wais Qorni Bin Azizan
197319 Nurul Adila Riza Binti Saharudin
197423 Nurnina Yusrina Binti M.Radzy@Yusman
197500 Mohd Izzat Aidil Bin Abdull Rahman
198085 Syahrudin Bin Selamat
199265 Sabrina Binti Abdul Kadir
199322 Mohamad Thalhah Bin Jamil

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi

LENGGANG KANGKUNG PRODUCTION


Video di atas merupakan salah satu tugasan yang telah dilakukan oleh ahli kumpulan Lenggang Kangkung Production berdasarkan asas-asas fotografi seperti 'over the shoulder', bird's eye view, siluet, kabur, pendua, dan bayang. 

ASAS-ASAS FOTOGRAFI
BY LENGGANG KANGKUNG PRODUCTION 
Kursus : BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa
Pensyarah : Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim

Ahli Kumpulan Lenggang Kangkung Production :

195924 Niezaeshra Binti Haris
195982 Noor Suriyati Binti Sujono
196787 Mohamad Azmil Bin Mustapa
196987 Wais Qorni Bin Azizan
197319 Nurul Adila Riza Binti Saharudin
197423 Nurnina Yusrina Binti M.Radzy@Yusman
197500 Mohd Izzat Aidil Bin Abdull Rahman
198085 Syahrudin Bin Selamat
199265 Sabrina Binti Abdul Kadir
199322 Mohamad Thalhah Bin Jamil

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim(2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Serdang, Selangor.

Saturday, March 7, 2020

BBM3410Satu2020: SCREENSHOT INSTAGRAM POST

Gambar di bawah menunjukkan bukti screenshot instagram post



BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK

Asas Grafik dalam Multimedia



Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat lima elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian, dan keseimbangan.

1. Mudah
Mudah bermaksud sesuatu gambar yang senang untuk ditafsir tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan apabila dilihat oleh seseorang itu. Selain itu, mesej yang hendak disampaikan juga jelas dan mudah difahami.

2. Warna
Grafik yang wajar seharusnya mengandungi tiga warna sahaja. Namun, terdapat juga grafik yang mempunyai lebih daripada tiga atau menggunakan satu warna sahaja. Ini menunjukkan bahawa penggunaan jumlah warna ini bergantung mengikut mesej yang hendak disampaikan kepada khalayak.

3. Teks
Dalam menulis sesuatu teks, jenis dan saiz font yang digunakan perlu dipertimbangkan. Penggunaan teks dalam grafik adalah untuk memberi kefahaman dan menyampaikan mesej dengan lebih terperinci. Manakala, warna font yang digunakan juga mestilah timbul dan jelas agar mudah untuk dibaca.

4. Kesesuaian
Grafik mestilah disesuaikan dengan latar masa, latar tempat dan latar watak yang terdapat di dalamnya. Setiap latar mestilah mempunyai kaitan antara satu dengan yang lain agar dilihat logik dan bersesuaian antara satu sama lain.

5. Keseimbangan
Dalam suatu grafik, ruang kiri, kanan, atas, dan bawah perlu diambil kira untuk menghasilkan grafik yang menarik. Ruang yang digunakan dalam suatu grafik perlu seimbang dan tidak berat hanya pada satu bahagian sahaja. Jika tidak, bahagian grafik yang tidak seimbang akan kelihatan kosong dan tidak menarik.

RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1997)

TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1997)

VanDijk (1997) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada satu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.
_________________________________________________________________________________
Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati
daripada topik/tema suatu teks
_________________________________________________________________________________
Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan,
isi, penutup dan kesimpulan
_________________________________________________________________________________
Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati
Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks
_________________________________________________________________________________
Rajah 1 : Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)

Menurut Normaliza Abd Rahim(2019), VanDijk (1997) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran . Setiap elemen  mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang daapat diamati serta daripada topik atau tema yang sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi focus kepada makna local daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

RUJUKAN 

vanDijk, T. A. (1977). Text and Context: Explainations in the Semantics and Pragmatics of Discourse. London: Longman.

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi  Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

BBM3410Satu2020: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

_____________________________________________________________________________ 
Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
_____________________________________________________________________________
Strategi Pengelakan atau pengurangan
_____________________________________________________________________________
1. Pengabaian/Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik
_________________________________________________________________________________
Achievement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau Strategi Pampasan
_________________________________________________________________________________
3. Parafrasa (Circumlocution)
4. Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/Appeal for helping Stalling
_________________________________________________________________________________
Stalling or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
_________________________________________________________________________________
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices)


Rumusan ringkas:

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), kepentingan Taksonomi dan Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) adalah untuk memastikan komunikasi yang dilakukan adalah berkesan mengikut proses. Selain itu, strategi interaksi juga dinyatakan dalam taksonomi ini.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Dornyei, Z., & Scott, M. L. (1997). Communication Strategies in a Second Language: Definitions ad Taxonomies. Language Learning, 47: 173-210

MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM

MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM



Antara manfaat penggunaan Instagram ialah Instagram dapat membantu mereka dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain dalam akaun Instagram mereka. Hal ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkatkan kemahiran mereka. Selain itu, Instagram juga memberi mereka peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan juga berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram yang lain. Oleh itu, pengikut di Instagram dapat mengetahui perkembangan mereka. Di samping itu, mereka mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek Instagram. Maka, hal ini akan meningkatkan kemahiran mereka. Seterusnya, pelajar di sekolah akan bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan kongsi pengetahuan mereka. Oleh yang demikian, pengetahuan pengikut mereka juga akan berkembang. Selain itu, bagi pengajar, cerita pendek Instagram akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Oleh itu, perkara ini akan mengembangkan pengajaran kepada pelajar dalam bidang teknologi dan multimedia. Akhir sekali, pengguna Instagram dapat menggunakan teknologi dengan cara yang betul.

Rujukan

Bell, M. A. (2013). Picture This! Using Instagram with Students. Internet@Schools, 20(4):23-25

Normaliza Abd Rahim. (2014). Learning through Blog Writing. Embracing the Technology. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG


RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG






Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan blog iaitu pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Berdasarkan perbincangan Bab 6 yang bertajuk 'BLOG DI DALAM KELAS BAHASA', dapat saya rumuskan bahawa keputusan kajian jelas menunjukkan bahawa blog membantu pelajar Korea untuk mempelajari kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. Menulis blog meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk menulis. Kajian ini melibatkan pengajar untuk mempertimbangkan penulisan blog sebagai alat dalam pembelajaran bahasa kedua. Selain itu, kajian ini membantu pengajar untuk mengambil kira kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi untuk berlaku dalam masa yang sama. Diharapkan kajian masa depan akan menumpukan kepada teknologi yang lain bagi meningkatkan gaya penulisan dalam bahasa kedua.

Graf 6.1 menunjukkan perspektif tentang blog berdasarkan pengajian kesusasteraan. 66.7% (20 responden lelaki) dan 80% (24 responden wanita) telah memilih blog sebagai medium terbaik untuk menulis puisi manakala 86.7% (26 responden lelaki) dan 96.7% (responden wanita)menyatakan bahawa mereka lebih gemar untuk menulis cerpen pendek di dalam blog.  Walaubagaimanapun, keputusan bagi kedua-dua resonden adalah tinggi (lebih 80%). Bagi menulis skrip, 76.7% (23 responden lelaki) dan 93.3% (28 responden wanita) menyatakan bahawa menulis skrip menggunakan bahasa sasaran adalah sesuai untuk penulisan blog. Akhir sekali, bagi pantun pula ialah banyak 66.7% (20 responden lelaki) dan 86.7% (26 responden wanita) telah memilih pantun sebagai genre yang sesuai untuk ditulis di dalam blog.



Berdasarkan graf 6.2 pula, keputusan graf menunjukkan pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan pemikiran kritis daripada blog. Bagi penulisan surat, 80% (24 responden lelaki) dan 83.3% (25 responden wanita) memilih menulis surat sebagai proses pembelajaran Bahasa melalui penulisan blog. Sebanyak 66.7% (20 responden lelaki) dan 100% (30 orang responden wanita) telah menyatakan bahawa cara meluahkan perasaan dengan baik adalah melalui blog manakala (3.3% (28 responden lelaki) dan 96.7% (29 responden wanita) menyatakana bahawa menulis teka-teki di dalam blog merupakan kaedah yang disukai mereka.



Akhir sekali, graf 6.3 pula, responden menyukai video, audio dan fotografi dimasukkan di dalam blog untuk mereka belajar sesuatu tentang teknologi dalam bahasa. 100% responden lelaki dan wanita (60 orang responden) menyatakan dengan memasukkan video ke dalam blog, ia memberi kepuasan kepada mereka. Bagi audio pula, bilangan peratusan untuk kedua-dua jantina adalah sama. 100% responden lelaki dan wanita memberi respon untuk memasukkan audio ke dalam blog. Bagi gambar pula, 93% (28 orang responden lelaki) dan 100% (30 responden wanita) menyatakan bahawa mereka suka menghantar gambar ke dalam blog.


Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 Berikut merupakan kalendar untuk tahun 2021 yang telah saya hasilkan ketika kelas amali kursus Multimedia dalam Bahasa....