Thursday, May 7, 2020

BBM3410Satu2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA


BAB 7: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA



RUJUKAN : 
Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020:CERITA SOSIAL 3 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

CERITA SOSIAL 3: KELUARGA SAYA




Cerita Sosial 3 menceritakan tentang keluarga Alim. Terdapat 3 nilai yang yang terkandung dalam cerita tersebut iaitu sikap yang suka tolong-menolong, belajar bersabar dan rajin bekerja. Sikap yang suka tolong-menolong dapat dilihat apabila adik-beradik Alim akan menolong membuat kerja rumah. Walaupun Aisyah iaitu adik Alim selalu lupa untuk mengemas permainan setelah bermain, Alim akan tolong mengutip mainan tersebut dan mengemasnya. Seterusnya, sentiasa belajar bersabar. Nilai ini dapat dilihat apabila Alim belajar bersabar untuk menyapu sampah walaupun kadang-kadang Alim gagal untuk menyiapkan kerja itu. Dia belajar bersabar dan berjaya menghabiskan kerjanya. Akhir sekali, rajin bekerja. Nilai ini dapat dilihat apabila Alim rajin mengemas rumah. Alim rajin bekerja dengan menolong keluarganya mengemas rumah. Secara keseluruhannya, nilai-nilai yang terdapat dalam cerita ini patut dicontohi oleh masyarakat untuk mempunyai sikap yang suka tolong-menolong, belajar bersabar dan sentiasa rajin bekerja.


RUJUKAN : 
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)


dapat lima kepentingan asas grafik yang kita telah sedia maklum. Antaranya, menarik, mudah difahami, mesej, ketara dan promosi. Asas grafik ini amat penting dalam menyampaikan mesej melalui foto ataupun video untuk memudahkan semua golongan masyarakat memahami gambaran yang disampaikan. Berikut merupakan kepentingan asas grafik.

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK




Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa Selangor: Universiti Putra Malaysia

Friday, May 1, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Nilai Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa




Dalam cerita ini, saya telah kenal pasti terdapat 3 nilai yang terkandung dalam cerita ini. Nilai yang pertama adalah sikap suka berkongsi. Nilai ini dapat kita lihat apabila Alim bertanya kepada ibunya untuk memberi buah-buahan kepada jirannya, Sulaiman. Di situ kita dapat lihat sikap Alim yang suka berkongsi dengan orang lain tanpa berkira. Nilai yang kedua adalah sikap suka menolong. Nilai ini dapat dilihat ketika Alim menolong keluarganya mengemas rumah setelah selesai makan. Alim menolong dengan membuang sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah. Sikap suka menolong Alim ini telah memudahkan kerja orang lain. Nilai yang ketiga adalah sikap menghormati orang lain. Nilai ini dapat dilihat ketika Alim berbual dengan Mak Cik Timah. Alim mengungkapkan perkataan dengan sopan santun terhadap Mak Cik Timah sehingga Mak Cik Timah berasa sangat gembira kerana Alim seorang anak yang baik. Oleh itu, kita patut mencontohi sikap Alim yang suka berkongsi, suka menolong dan menghormati orang lain. 

RUJUKAN :
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

RULE OF THIRDS



Rule of thirds merupakan salah satu asas penting dalam fotografi. 9 kotak pada LCD skrin membantu jurugambar mendapatkan gambar yang mempunyai komposisi yang tepat dan seimbang. Rule of thirds boleh digunakan semasa menangkap gambar swafoto. Ia membantu kedudukan objek lebih tepat dan tidak nampak kekok. Rule of thirds juga dapat memastikan keseimbangan latar belakang gambar.

Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 Berikut merupakan kalendar untuk tahun 2021 yang telah saya hasilkan ketika kelas amali kursus Multimedia dalam Bahasa....